SOALAN LAZIM

Apa kelayakan yang diperlukan?

  1. Memiliki kereta (sendiri/keluarga/sewa)
  2. Kereta 4 pintu dan mestilah tahun 2008 keatas.
  3. Memiliki lesen D Penuh (P tidak diterima)

Adakah kereta saya boleh digunakan untuk pendaftaran Grab Driver?

Berikut adalah senarai model kereta yang TIDAK BOLEH digunakan untuk pemanduan Grab. Sekiranya model kereta anda tidak termasuk di dalam senarai di bawah, jadi kereta anda adalah menepati kriteria pendaftaran.

  • Perodua Kelisa
  • Perodua Viva
  • Perodua Kancil
  • Perodua Kembara
  • Perodua Kenari
  • Inokom Atos
  • Inokom Matrix
  • Naza Sutera
  • Renault Kangoo
  • Proton Wira
  • Proton Iswara
  • Proton Gen 2
  • Proton Savvy
  • Proton Satria Neo (2 Doors)
  • Proton Waja (Only rejected in Sabah)
  • Kia Spectra
  • Kia Picanto (Old model 2007-2010)
  • Honda CR-Z (2 Doors)
  • Hyundai Getz (Old model 2007-2010)
  • Hyundai i10 (Old model 2007-2010)
  • Chevrolet Aveo (Old model 2007-2010)
  • 2 Doors Vehicles
  • Taxi vehicles / Personal Advertised vehicles

Bilakah masa yang saya boleh memandu?

Anda boleh memandu pada bila-bila masa sahaja yang anda suka. Tiada paksaan berapa lama yang anda perlu memandu. Segalanya terserah kepada anda . Andalah bos anda sendiri!

Agak-agak berapa yang saya boleh dapat pendapatan dalam Grab ni yer?

Jika anda memandu secara sambilan, kebiasaannya akan dapat diantara RM500-RM2000 sebulan.

Jika anda memandu sepenuh masa, anda boleh dapat pendapatan diantara RM3000-RM8000 sebulan, bergantung kepada ilmu dan strategi yang kami akan kongsikan serta komitmen anda yang tinggi nanti.

Ada apa-apa bimbingan tak bila saya dah jadi pemandu nanti?

Sudah pasti! Anda akan dimasukkan ke dalam group whatsapp yang kami akan bimbing anda secara online. Anda juga boleh berjumpa dengan kami untuk sesi bimbingan secara bersemuka supaya anda lebih faham tentang strategi yang akan dibuat nanti supaya pendapatan yang diinginkan akan dapat dicapai insyaAllah.

Boleh tak saya guna kereta yang sama yang sedang digunakan oleh pemandu Grab yang lain?

Boleh. Anda cuma perlu pastikan nama anda dimasukkan ke dalam covernote insurans kereta dan anda mendaftar sebagai pemandu Grab.

Saya bankrupsi dan tiada akaun bank. Bolehkah saya menjadi pemandu Grab?

Anda perlu ada akaun bank sendiri untuk mendaftar sebagai pemandu. Anda boleh membuat rayuan di Jabatan Insolvensi Negara untuk meminta supaya dapat membuka akaun bank khas untuk memandu Grab.

Macam mana jika saya kemalangan semasa memandu Grab ?

Grab telah menyediakan insurans kemalangan bagi pemandu dan penumpang.

Saya ada persoalan dan pertanyaan.Dengan siapa saya boleh bertanya yer?

Anda boleh bertanya dengan kami terus dengan dan kami akan cuba membantu anda segera.

Saya dah bersedia untuk mendaftar. Apa yang perlu saya buat?

Isi borang di bawah ini dan kami akan semak kelayakan anda untuk mendaftar.